~Doa Malam Lailatul Qadr~






"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr . Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan .Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) . Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing"  -Surah al-Qadr



إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3} تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5}




Malam al-Qadr merupakan satu malam yang sangat didambakan oleh seluruh umat Islam yang merindui-Nya. Hal ini kerana Malam al-Qadr atau Lailatulqadr ini dijanjikan oleh Allah s.w.t sebagai satu malam yang paling mulia dan lebih baik daripada seribu bulan.

Namun, adakah kita sebenarnya tahu apakah antara hikmah di sebalik Malam Kemuliaan ini? Atau, kita sekadar mendengar di tv, di ceramah-ceramah agama sahaja tanpa mendalami sebenar-benarnya erti dan hikmah Lailatulqadr ini?

Secara umumnya Lailatulqadr adalah antara kemuncak segala amalan yang dikerjakan di dalam bulan Ramadhan. Di sebalik kenyataan ini, kita harus memahami bahawa  amalan yang menjadi keutamaan dalam bulan Ramadhan adalah berkait rapat dengan amalan yang disarankan pada Malam al-Qadr ini.
Saidatina Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah S.A.W, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan?"

Rasulullah S.A.W lantas berdoa dengan satu doa:


Hal ini dapat merumuskan bahawa kemuncak amalan dalam bulan Ramadhan ini ialah apabila setiap amalan kita diterima dan mendapat keampunan daripada Allah S.W.T.
Tetapi, bagaimanakah caranya untuk kita mendapat keampunan Allah S.W.T? Inilah jawapannya melalui sabda Rasulullah S.A.W:-

Rasulullah S.A.W bersabda,
"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Sekian saja perkongsian untuk kali ini, semoga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan tahun ini lebih baik daripada tahun lalu dan semoga kita tidak tergolong dalam kalangan hamba yang hanya mendapat lapar dan dahaga sepanjang kita berpuasa. Amin!Wallahu'alam...


Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

0 comments:

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra