~5 Faktor kenapa wanita tidak subur~



Dah lama berkahwin tapi belum ada zuriat?

Berikut lima faktor kenapa wanita tidak subur:

1. Ovulasi
Mengungguli senarai faktor kenapa wanita tidak subur adalah tiadanya ovulasi atau kekurangan ovulasi. Dalam erti yang mudah – pengeluaran telur daripada ovari adalah rendah atau tiada langsung. Penyebab biasa masalah ini ialah, PCOS atau penyakit polisistik ovari.

2. Berat badan
Wanita yang terlalu berat atau terlalu kurus juga dikenalpasti sebagai faktor sukar hamil. Jadi langkah terbaik adalah dengan mendapatkan berat badan unggul.

3. Usia
Umur sekitar 35 tahun ke atas adalah masa yang dianggap sebagai berkurangnya kesuburan wanita secara alamai. Hamil selepas 45 tahun adalah amat jarang berlaku walaupun tidaklah mustahil.

4 . Masalah Di Tiub Fallopia
Ketidakbolehan tiub falopia membawa telur ke ke uterus daripada ovari juga menjadi punca. Mungkin sisebabkan tisu berparut atau jangkitan terdahulu atau endometrisis.

5. Masalah- Masalah Lain
Ini termasuklah pertumbuhan fibroid, tumor, masalah serviks dan bentuk uterine tidak tetap. Walaubagaimanapun, masalah-masalah ini agak jarang terjadi kepada wanita normal.

Kepada pembaca wanita, jangalah berputus asa. Usaha dahulu sebelum menyerah pada takdir. Jika masalah ovulasi, perubatan kita pada masa kini sudah mempunyai penyelesainnya. Jangan bimbang.

Jangan dilupakan kuasa DOA! Banyakkan bersabar dan berdoa supaya dipermudahkan usaha. Kadangkala Allah saja melambat-lambatkan memberi zuriat kepada kita kerana diri kita sendiri.

1. Berdoalah kepada Tuhan agar anda dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah sebelum memulakan persetubuhan.
2. Mandi dan solat terlebih dahulu sebelum melakukan persetubuhan.
3. Rancanglah masa terbaik untuk melakukan persetubuhan. Sebaik-baiknya dilakukan pada ketika waktu subur isteri.
4. Lakukan persetubuhan sebanyak 3 hingga 4 kali seminggu.
5. Bagi pihak isteri, banyakkanlah memakan taugeh, daging dan ikan laut.

Doa Untuk Mendapat Cahayamata 

”Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku bersendirian (tanpa meninggalkan zuriat) dan Engkau adalah waris yang paling baik”

(Surah Al-Anbiyaa’, Ayat 89).

Penjelasan: Doa tersebut adalah doa Nabi Zakaria a.s yang amat ingin memiliki anak. Lalu Allah memperkenankan doa Nabi Zakaria dengan lahirnya seorang anak, Nabi Yahya as.


Apa yang paling penting, jangan berasa malu atau segan mengakui kelemahan diri. Atasi perasaan seperti itu dan beranikan diri untuk berjumpa dengan pakar perubatan. Perbincangan dengan suami dalam hal ini amat dituntut dan di sinilah letaknya persefahaman yang dijanjikan sewaktu bercinta dahulu.

Begitulah serba ringkas cara atau usaha yang boleh dilakukan oleh pasangan yang inginkan anak. Mudah-mudahan, doa dan usaha yang berterusan diperkenankan oleh-Nya.

Diharapkan anda mendapat sedikit manfaat.



credit : Idea Kahwin


#for my friend yg sedang tggu due date tu, Eli doakan Semoga selamat bersalin dan semoga di permudahkan oleh NYA~ Amin~ snap pic baby k dear.. :)


|Eli|



Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

1 comments:

Anonymous said...

tips untuk laki ada tak :)

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra