~TUTORIAL : Permulaan cara membuat akaun BLOGSPOT~





Mendaftarkan diri sebagai seorang pemilik blog dengan menggunakan platform blogger tidaklah sesusah yang disangka. Dengan mengikuti beberapa langkah ringkas berikut, korang sudah bergelar sebagai seorang blogger.

Sebelum memulakan pendaftaran untuk akaun blogspot, korang mestilah mempunyai akaun google dahulu. Akaun lain pun boleh, tetapi untuk jangka masa panjang, ada akaun google akan lebih memudahkan memandangkan blogger.com adalah produk dari google.

Jika korang sudah mempunyai akaun google, boleh sign in dahulu atau klik disini. 

Jika korang masih belum mempunyai akaun google, sila daftarkan dahulu disini untuk memudahkan proses pendaftaran akaun blogspot.

Berikut adalah langkah-langkah yang diperlukan untuk mendaftar akaun blogspot  : 

1. Buka link www.blogger.com

2. Apabila paparan sudah keluar, klik pada 'create a blog'




3. Seterusnya masukkan maklumat yang dikehendaki kemudian klik 'continue'.




4. Kemudian masukkan blogname dan juga blog address
  • Blog name lebih merujuk kepada trademark sesebuah blog
  • Blog address adalah digunakan oleh pengunjung untuk membuka blog anda. Blog address antara perkara paling penting bagi sesebuah blog. Untuk memudahkan pemahaman, sila rujuk Tips Pemilihan URL Untuk Blog.




5. Pilih template yang anda rasa sesuai, kemudian klik 'continue'



6. Siap. Korang sudah mempunyai akaun blogspot sendiri dan boleh mula untuk menaip entri pertama korang :)




kredit : tutorial untuk blog

|Eli|


Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

1 comments:

Anonymous said...

hope dpt wat tutorial cara coding blog pulak.

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra