~Mudahnya nak daftar perniagaan di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)~


Alhamdulillah. .  . tanggal 17.06.2013 dapat juga Eli mendaftar perniagaan di SSM. Awal-awal lagi Eli sudah merancang tarikh ni coz tarikh tu tarikh lahir Eli...hehehe..propa sikit...sanggup tunggu. haha! okeyh, dipendekkan cerita, sampailah Eli dekat office SSM. Buat pengetahuan sesiapa yang tinggal Melaka, Eli daftar perniagaan di SSM berhampiran MITC,Ayer Keroh sahaja...kalau korang xjumpa lagi xtawu la Eli nak bagi Google Maps macam mane lagi. Buat yang berada di luar Melaka, pandai-pandailah cari cawangan SSM di tempat dan negeri masing-masing okeyh.. Jangan malas-malas...

Peralatan dan alat mainan yang perlu korang bawa untuk daftar perniagaan di SSM :

1- Wang tunai dalam RM70 (bawak lebih sikit la buat beli ais krim)
2- Salinan IC yang ori sekeping (kalau nak photostat dengan dorang , seringgit woi kena..buat duit betul dorang nieyh)
3- Bawa diri korang bersama. Jalan lenggang kangkung!

Amacam? senang kan? tu je yang korang perlu bawa... sampai je SSM, buat ape yang Eli suruh buat kat bawah nieyh..buat jangan tak buat...!!!

1- Pergi ke kaunter, Say Hi Hi Bye Bye kat orang yang jaga kaunter pertanyaan.

2- Cakap kat dia "Encik/Puan,saya nak daftar pernigaan". Tak kira lah korang nak daftar untuk milikan tunggal @ Perkongsian, borang tu sama sahaja.

3- Lepas tu dia akan bagi borang (Borang PNA 42 dan Borang A)

4- Lepas tu, isi lah borang tersebut..... GUNAKAN HURUF BESAR... bukan tulisan BESAR...:) untuk mengelakkan kesilapan , korang boleh tengok panduan bagaimana nak isi borang tersebut pada papan kenyataan yang  berdekatan, tak silap Eli, masuk je pintu masuk, sebelah KIRI...itu, kalau silap juga isi borang,emmm tak tahu plak Eli nk cakap......

5- Dalam borang-borang itu, selain maklumat diri korang, perhatikan betul-betul kat bahagian Pilihan Nama Perniagaan dan Jenis Perniagaan. Untuk menjamin masa depan korang, ceh! lebih efisyen seeloknya korang dah siap-siapkan sebanyak mungkin pilihan nama perniagaan sebelum korang datang ke SSM. Nanti takut kalut kalau ada orang dah daftar guna nama yang korang nak tuh. Korang juga boleh guna mana-mana nama pengakhiran seperti Enterprise, Trading, Resources, Network dan lain-lain lagi. Asalkan nama tu bersesuian dengan jenis perniagaan korang. Untuk bahagian jenis perniagaan, korang isi je apa-apa. Eli sampai penuh bahagian tu,puas hati den! Senang sikit bila nak buat bisnes-bisnes lain plak. tak payah susah-susah lagi nak pergi tukar / tambah kat SSM. Nanti kene tambah duit lagi...tak silap Eli kene tambah RM30...

6- Lepas da siap isi, check apa yang patut, then terus ke kaunter tadi. Kemudian, bagi borang yang telah siap di isi,dia akan tolong cek apa yang patut... Kalau tiada masalah, dia akan bagi nombor giliran beserta borang yang telah korang isi tu dan sekali gus, korang tunggu lah kat tempat yang telah disediakan ya. Eli bajet dalam 10-15minit je tunggu sampai la giliran korang...(lagi ramai, lagi lama, better pergi waktu hari dan masa orang bekerja)

7- Bila dah sampai giliran, terus pergi ke kaunter yang disebutkan. kat situ, bagi balik borang tadi dan sertakan sekali salinan IC korang. Firstly, dia akan check dulu nama perniagaan korang samaada masih belum digunakan atau sebaliknya. Jika dah ada yang guna nama perniagaan korang, dia akan ambil pilihan nama perniagaan yang seterusnya. then, duduk la dulu, dalam 5-10 minit, dia akan panggil balik, jangan la pulak korang duduk jauh-jauh, kang tak dengar plak dorang panggil.

8- Bila dia panggil nama korang,apa lagi, masa tu tak payah nak termenungkan lagi, nyatakan pembayaran korang dan sila ambil resit ya! korang duduk balik dan tunggu untuk dia siapkan sijil perniagaan korang. Mase ni la korang kene tunggu lama sikit. Bila nama di panggil sekali lagi, maka siaplah proses pendaftaran pernigaan korang di SSM. Eli bajet maksimum dalam masa 1jam boleh siap. Bila da siap, balik la, tak kan nk tidur kat situ kot.

9- Bagitahu satu kampung, korang dah daftar perniagaan. Hahaha!

Amacam?Senang kan? cepat-cepat la pergi daftar perniagaan buat sesapa yang masih tidak mendaftar lagi. Jangan di tangguh-tangguh lagi.

| Eli |


Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

0 comments:

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra