~Persediaan Eli Sebelum Berkahwin VS Acid Folic~

 
 
 
 
Firstly Eli nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA to all muslim. Today Eli kerja, di kesempatan bos bos besar Eli tak ada di office akibat ramai guest yang menginap di hotel, al maklumlah hotel baru kan, salah seorang Executive di office pon buat la hal sendiri.. Eli la tuh! hahaha.. =) Ape ni? merepek da... hummmm.. berbalik pada tajuk hari ni, persediaan Eli sebelum berkahwin versus Acid Folic.. apa itu Acid Folic dengan hal nak kawin-kawin ni??? Ni Eli nak share melalui saluran GOOGLE, semalam member kt office de cerita pasal pregnant...dia bagi la Eli sikit petua, kalau nak cepat preggy, makan la Acid Folic... errkkkkk?? Acid Folic tu bukan untuk ibu-ibu mengandung je ker? pastu member cakap lagi elok kalau makan awal2 before kahwin... kene ambil 3bulan sebelum kahwin @ pregnant coz ia baik untuk kesuburan dan memberi faedah pada bayi dalam rahim.. Acid Folic bukan ubat ajaib untuk kesuburan, tapi ubat inisiatif untuk kita menyambung zuriat...okay! Eli baru tahu..haha, tak pernah kisah pn pasal nk preggy sebelum ni.. dengan baik hati nya, Eli terus bagitahu Mr. F... then, beliau membeli kan nya pada hari tu jugak.. huh! EXCITED cik abg sorang ni!....hehe... duduk2 xde kerja, Eli search lagi kat GOOGLE pasal kepentingan Acid Folic ni.. Jom baca :
 
 

Kepentingan Asid Folik Sebelum dan Semasa Mengandung 


 


Apa itu ASID FOLIK?

-Asid Folik adalah vitamin B9 yang sangat penting kepada wanita sebagai persediaan untuk mengandung. 

-Ia juga penting untuk membentuk saraf tunjang bayi yang lebih sempurna pada peringkat awal mengandung. 


Mengapa ia PENTING?

1) Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti: Gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
 
 
Bayi yang dilahirkan dengan pembentukan otak dan tempurung kepala yang tidak sempurna atau langsung tak terbentuk ( anecephaly/encephalocele).
 


2) Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).


3) Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:


-Sumbing lelangit (cleft palate) 

-Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)

-Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction) 

-Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


4) Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
 
 
 
Bila ASID FOLIK perlu diambil? 
-Sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Semasa mengandung kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.
SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
 
-Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untung mengandung.
-Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
-Merawat kesuburan pada lelaki
 
 
SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK
-Hati ayam
-Daging, ayam, telur
-Kekacang
-Beras perang, barli, oat
-Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain 
 
 
 
 
 
 
 
 
that's all~
 
|Eli|
 
 
 
 

 
 
 
 
 
 
 


 













Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

1 comments:

Anonymous said...

Info yg berguna

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra