~Proses & Prosedur Borang Kebenaran Berkahwin bagi Negeri Melaka~

FR Forever & Ever


ops! beriya nk kahwin smpai lupe nk share ngn korang psl borang kebenaran berkahwin ni. huish, xde borang ni, ape nak ko kawin kn nnt? PENTING wooo... okeyh, firstly korang la pergi pejabat agama negeri/daerah masing-masing.. Eli pergi JAIM, org Melaka kn..melaka tengah, pejabat urusan nye bersebelahan ngn Open University, berhadapan Masjid Al-Azim... then, Eli amik dua set borang tu, yelah utk pasangan Eli skli la..takkan nk kawin sorang2.. hehe.. semasa amik borang tu, pegawai JAIM di kaunter akan menerangkan secara detail pasal sume dokumen yg dikehendaki... dengar kan jelah.. 
sesudah itu, Eli terus pergi Klinik Komuniti Ayer Keroh, nak buat test saringan  HIV..ujian kesihatan ni valid di Klinik Kesihatan Kerajaan sahaja tau, alah FREE je tak payah susah-susah nak g klinik swasta, tak valid pon.. mahal pulak tuh!.. kerajaan da bagi bantuan kepada bakal pengantin, so gunakan lah..:) emm..Eli ngan Mr.F pon buat appointment ngan doctor, tepat pukul 2 petang, Eli pon g test darah serta cek sume kesihatan Eli..
Alhamdulillah kol 4 petang da settle sume..sekejap je kan? psstttt! korang pergi hari orang bekerja lah, tak ramai orang.. :) tunggu punya tunggu, nama kami di panggil.. syukur, kami NEGATIVE (HIV).. yey! da boleyh kawinnnnnnnn!!!!!!!!!!!! 
eeeeehhhh.. belom lagi, pok kang baru taw.. -_-' tu dokumen lain belom settle lagi!! hahaha...  ape lagi tu??

Dokumen yang perlu ada untuk pihak lelaki (Negeri Melaka):

1) IC Lelaki
2) IC Perempuan
3) Result HIV Test (Kena buat kat klinik kesihatan kerajaan sahaja ) result valid selama 6 bulan sahaja. 
4) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama islam ataupon ketua kampung)
5) Sijil Kursus Kahwin 
*semua dokumen nak original berserta salinan. wat 2 salinan la nak selamat. pasal ade yang nak 2 salinan, ade yang nak 1 salinan.




Dokumen yang perlu ada untuk pihak perempuan (Negeri Melaka):

1) IC Lelaki
2) IC Perempuan
3) IC Wali (Wali Eli ayah Eli sendiri)
4) Result HIV Test (Kena buat kat klinik kesihatan kerajaan sahaja) result valid selama 6 bulan sahaja. 
5) Surat Akuan Bujang (Boleh ambil dekat majikan yang beragama islam ataupon ketua kampung)
6) Sijil Kursus Kahwin 
7) Sijil Nikah Ibu Bapa untuk kes pengantin perempuan tu anak sulung. (Eli tak perlu sebab anak bongsu)
8) Borang kebenaran berkahwin perempuan (Borang 2) yang dah diisi dengan lengkap
9) Borang Wali yg dah diisi dengan lengkap
10) Dokumen Kebenaran Berkahwin Luar Negeri (ni la dokumen yg ambik dari lelaki yg dah approve tu)
*semua dokumen nak original berserta salinan. wat 2 salinan la nak selamat. pasal ade yang nak 2 salinan, ade yang nak 1 salinan.



Ke hulur-ke hilir lah Eli bawak borang ni.. banyak kan dokumen utk perempuan? Alahai :) sabo jelah, nak kahwin kan.. After sume dokumen dah ade, borang sudah lengkap, dengan gagahnye Eli hantar ke JAIM.. ops! jgn lupe kene bayar RM10 utk pemprosesan..Eli tak sure yer kalau negeri lain, dengar2 kene ade interview sampai kene baca doa qunut, mengucap dua kalimah syahadah, rukun nikah..bla bla bla.. tapi kt Melaka tak ade plak.. letak borang, terus balik, dua minggu baru datang amik borang utk bagi kat imam..
Dua minggu sudah berlalu, borang settle..legaaaaa sangat.. dua minggu sebelum nikah baru Eli bagi pada imam.. Now, Eli menunggu utk hari pernikahan kami. semoga di permudahkan...amin~
FINISH! 

Borang Kebenaran Berkahwin Negeri Melaka


Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

0 comments:

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra