~babyFRIZLY : Kandungan 17 minggu~



Kejap aje rasa perut Eli ni dah mula besar sikit demi sedikit..alhamdulillah..itu tanda AWAK berkembang dengan baik dalam perut mama..punyalah mama tak sabar nak pegi scan.. nasib baiklah dekat kawasan bandar Segamat, so tak susah nak tengok awak tetiap bulan.. mama memang tak harap hospital kerajaan sangat bab bab scan ni.. sebab mereka lebih ke arah kesihatan.. kalau nak tengok awak memang kena ke Klinik Swasta.. my choices is Klinik Navis, Segamat... :) terbaik..

Doktor masuk aje, mama da mula rasa berdebar-debar.. doktor ade tanya "did u have a good news?" , then Eli pun jawab, "yups doc, almost 17weeks", "ok, bagus tu.." kata doc smbil senyum lebau.. hehehehe... last ke klinik kan bulan 4 aritu... nasib baik Eli bawak buku pink Eli, doc pon belek-belek dan terus suh Eli baring...

Doktor pon mula letak alat ke perut Eli... plup!!! keluar anak mama...mama tak tahu nak gambarkan macam mana perasaan mama mase tu,, mama seronok tak terhingga.. papa sampai meleleh air mata tengok AWAK sayang.... betapa papa teruja sangat tengok AWAK..doktor kata awak gerak aktif sebab AWAK tengah bangun..alhamdulillah doktor ada cakap awak dah cukup sifat serta mata dan hidung awak cantik... :) mama ingat mama boleh tengok jantina awak.. tp doc kata awak silangkan kaki awak yang comel tu.. siap tunjuk muntot lagi.. hehehe.. puas doktor fokuskan anu awak..takpe,mama ngan papa bley sabar bulan depan.. bulan depan mama pegi scan lagi yer.. harap awak jangan kepit ngan silang kaki awak tu taw.. bolehlah mama tengok jantina awak.. :) insyaALLAH... 


scan seawal 12 minggu -3 bulan :) 

scan 17 minggu-4bulan 1 minggu :)

nak tengok video semasa scan? klik ini------> babyfrizly : kandungan 17 minggu











Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

0 comments:

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra