~babyFRIZLY : Ujian MGTT (Minum Air Gula)~



Kali ni Eli nak bercakap pasal ujian MGTT ataupun lebih dikenali sebagai ujian minum air gula. Ujian kali ni dijalankan bagi mengenalpasti adakah kita menghidap penyakit kencing manis ataupun tidak. Ujian MGTT ni Eli kena buat mase kandungan Eli masuk 8 minggu (2bulan). Alhamdulillah hasil ujian tersebut menunjukkan Eli takde menghidap kencing manis ketika kehamilan.

gambar sekadar hiasan-from internet-


Siapa yang perlu melakukan ujian ini semasa kehamilan??

1- Ibu mengandung yang ibunya pernah menghidap kencing manis 
(kena minum 2x sepanjang tempoh kehamilan, iaitu sekali semasa di awal kehamilan dan sekali lagi ketika di akhir kehamilan)

2- Ibu mengandung yang mengalami kenaikan berat badan yang mendadak/berlebihan
(kenaikan berat badan yang terbaik ialah 1KG setiap bulan bagi kandungan 5 bulan ke bawah dan 2KG setiap bulan bagi usia kandungan 5 bulan ke atas)

3- Ada juga kebanyakan Klinik Kesihatan yang memang mewajibkan setiap ibu mengandung yang berumur 25 tahun dan ke atas minum air gula walaupun diaorang tak terlibat dengan kes1 dan kes2 dan di atas. 


Apa rasa air gula ni??

Errrrrrr.... bagi Eli ia tersangatlah manissssssss.....kalau termuntah time tu, kena minum semula... petua yang biasa di buat utk berjaya telan air gula ni, minum air gula tersebut dengan sekali teguk terus habis. jangan minum sikit2.

Camne nak elakkan minum air gula ni?

Caranya ialah pergi ke klinik swasta. diaorang ade air gula yang dalam botol dah siap di pack, bukan yang dibancuh. tak terlalu manis. takde masalah lansung untuk di telan, cuma kosnya dalam RM40 mcm tu dan resultnya selepas 3-4 hari. Then bawa result tadi kpd nurse/doc kat klinik kerajaan kita checkup tu.

Berapa bacaan MGTT yang mengesahkan kita selamat dari kencing manis/diabetes?

Bacaan ujian darah anda mestilah tidak melebihi 7.8 bagi sebelum dan selepas minum air gula tu bagi memastikan anda selamat dari kencing manis

Skala bacaan bagi ujian MGTT :

Bebas daripada kencing manis : <7.8
Impaired glucose tolarance : 7.8 - 11.0
Diabetes mellitus : >=11.1
Gestational Diabetes : >7.7
  

p/s : remember beb, kena puasa dari malam sebelum ambil darah yer.. start dari pukul 10 malam... then dua jam selepas minum air gula..... :) 

| Eli |


















Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

0 comments:

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra