~babyFRIZLY : Kandungan 28 minggu~

28 minggu : Sekitar masa ini, bayi anda yang di dalam rahim itu sudah boleh membuka matanya dan memalingkan kepalanya jika dia ternampak cahaya terang yang memancar dari luar, Lapisan lemaknya sedang terbentuk dan kuku jari mula timbul. 

Pejam celik kejap je dah masuk 28 minggu Eli hamil.. syukur sangat :) semalam Eli pergi checkup di KK. Pukul 8 pagi dah sampai, sebab tahu memang akan ramai orang, lagipun Eli berpuasa mase tu. 
Okay, hasil daripada checkup semalam, timbang berat dan cek BP la macam biasa. Berat memang naik la tak di nafikan awal Eli hamil 45kg dan sekarang 51kg. Naik 6kg kau! hehehe seronok sangat... >,< kali ni misi kat KK tu mula la start ceramah dia sebab seminggu naik 1kg, sepatutnya 500gram sahaja (50kg----->51kg) memang dah agak dah berat akan naik sbb selera makan memang banyak sangat sangat. HB pulak problem,cume naik sedikit dari 9.9 kepada 10.6 but still in ANEMIA in pregnancy(kena lebih dari 11 baru x anemia).itupun bantuan dari IBERET + Iron Tablet... sikit je naiknya...:) 

Pastu kena lah minum air gula sekali, masa ni try gak tanya misi kenapa kena minum lagi air gula sdgkan dah minum kali pertama dulu. Misi ckp, ibu yg hamil anak pertama dan mempunyai latar belakang ibubapa yang mempunyai diabetes perlu minum air gula sekali lagi pada kandungan 28 minggu, owh! barulah paham, bila kena minum air gula maknanya kena lah amik darah sebelum & selepas.. untungla kalau korg yg minum air gula ada rase oren la, glukose la, ni air gula pure punya, mcm air gula 1kg tu bancuh pekat2 masuk dlm tekak korang yg kering berpuasa. Peh! terbaikkk... Eli gagahkan juga lah demi baby ku sayang.. erk! nasib baik kali ni Eli minum xde rase nak muntah mcm 1st dlu, maybe sebab Eli dah set mind HAUS sangat kot.. hahahaha..tgu pulak 2 jam baru amik darah lagi sekali. Pastu baru ley makan! yes! nasib baik Eli bawak bekal roti dengan air mineral dalam beg as persediaan...

Dah selesai minum air gula, terus pergi ke bilik doktor utk check & scan baby. Sementara tunggu giliran nak jumpe doktor, Eli pon makan la roti tu dulu..lapau sangat da bby kicking banyak kali dah.. sambil2 tu Eli tgok sekali buku merah Eli yang misi dah suh Eli start tick carta pergerakan baby dari pukul 9 pagi hingga 9 malam mesti kena ada 10 kali gerakan dr baby. Kalau tak cukup,misi suh cepat2 pergi hospital yg bdekatan utk buat CTG Scan. Hampir 1jam menunggu, barulah nombor giliran Eli dipanggil. Doktor pon mula kan ceramah beliau dan part paling best, doktor suh baring utk buat scan baby... yeeeehhhaaaaaa.. anak mama da besar kan, 1072gram,tersipu-sipu malu ke kiri ke kanan muka dia..bahagia nyaaaaaaa tengok! PULP! dia tunjukkan sesuatu, hehehe doktor dah bagitahu dah jantina dia.. syukur, 4x scan sume ckp jantina yang sama.. :) xpelah, janji baby sihat & mama bahagia.. :) 

Selesai je jumpa ngan doktor, Eli pun call hubby suh dtg amek, sebelum ni g KK sendiri drive kereta tp bila dah masuk 3rd Trimester ni hubby punyalah sayang sampai nk g KK tak sampai 10 min pon dia hantar dan amik.. hehehe 


P/S : 2 Disember 2014, 11.14pm, Tuesday : Too many congrates for my lovely sister after 34weeks, beliau selamat melahirkan seorang arjuna yang sangat comel bernama AHMAD DARWISY RAYQAL...selepas 17 tahun jarak kehamilan yang pertama dahulu beserta Fibroid+Cyst... syukur, tanpa ceaserean wlpn bby pra-mature..selamat berpantang! 















Terima Kasih sudi baca entri Eli..sila datang lagi.. (:

0 comments:

 photo footerbwh2015_zps5c8e7c89.png

Copyright@Segala yang tercatat di atas adalah hak milik ElixierDeXandra